Wednesday 21 September 2011

KEMBALI NORMAL

Raya tahun ni menjadi begitu meletihkan kerana banyak sangat diziarahi dan juga menziaahi.  Berlanjut-lanjut pula dengan sambutan Merdeka dan Hari Malaysia.

Sekarang ni barulah keadaan kembali menjadi normal.  Alhamdulillah.

Thursday 15 September 2011

AKHIR RAYA DENGAN HARI MALAYSIA

Melihatkan cara orang menyambut Hari Raya, jelas ramai hanya ikut-ikutan dan tak faham erti dan maksud sebenarnya.  Ia sudah bertentangan dengan tujuan asalnya.

Ramai beraya sampai abaikan solat.  Kemudian saling bersalaman dan berpelukan antara lelaki perempuan kerana kononnya memohon ampun dan maaf.  Jelas ini semua adalah perbuatan yang dimurkai Tuhan.

Lebih teruk lagi ada tempat menyediakan minuman ringan yang termasuk arak pelbagai jenama.  Malah ada  buat 'fruit punch' dengan mencampurkannya dengan arak.

Kita mesti ambil peduli semua ini jika benar-benar mencari keredhaan Illahi.  Mudah-mudahan Raya seperti ini akan berakhir dengan Hari Malaysia besok.