Thursday 27 October 2011

NADA SUARA INDON

Hari ini aku terus cuti sakit.  Badan rasa sakit-sakit dan tekak pun rasa loya.  Oleh keran rasa tak berapa sihat, malas la nak kerja.

Dah duduk rumah, asyik bangun dan tidur saja.  Dah rasa lemau pula badan.  Jadi aku bawa nonton TV.

Tak ada pula cerita yang menarik minat.  Aku tukar-tukar channel biasa.  Aduh ada cerita Indon.  Mak pula melanggan Indopek.  Lagi laa - nada suara Indon saja!

Dah boring, aku ke blog la pula.  Tak ada juga yang menarik!  So aku cerita jer la!

Saturday 8 October 2011

JIRAN MELAYU

Di kawasan perumahan ni ramai juga Melayu.  Tentulah termasuk kami dan beberapa jiran kiri dan kanan.

Sejak duduk di sini beberapa tahun yang lalu, aku tak pernah lihat jiran sebelah pergi sembahyang hari Jumaat.  Setiap waktu sembahyang Jumaat, di mana aku juga duduk di rumah, dia pun ada rumah juga kerana balik makan tengahari.

Sewaktu ada majlis bersabit agama salah seorang jiran lain, dia dan keluarga selalu datang semasa orang sudah mula makan.  Kami juga pernah terserempak mereka di tempat makan di mana minuman vodka & wiski ada di meja mereka.

Yang jelas jiran kami memang Melayu.  Tetapi sukar nak tahu samaada mereka Islam atau tidak.  Tak ada siapa berani bertanya kerana isu ni isu sensitif!