Saturday 8 October 2011

JIRAN MELAYU

Di kawasan perumahan ni ramai juga Melayu.  Tentulah termasuk kami dan beberapa jiran kiri dan kanan.

Sejak duduk di sini beberapa tahun yang lalu, aku tak pernah lihat jiran sebelah pergi sembahyang hari Jumaat.  Setiap waktu sembahyang Jumaat, di mana aku juga duduk di rumah, dia pun ada rumah juga kerana balik makan tengahari.

Sewaktu ada majlis bersabit agama salah seorang jiran lain, dia dan keluarga selalu datang semasa orang sudah mula makan.  Kami juga pernah terserempak mereka di tempat makan di mana minuman vodka & wiski ada di meja mereka.

Yang jelas jiran kami memang Melayu.  Tetapi sukar nak tahu samaada mereka Islam atau tidak.  Tak ada siapa berani bertanya kerana isu ni isu sensitif!

8 comments:

  1. Salam Alis.
    Didikan agama memang penting. Jika sudah dewasa, sukar juga dibentuk!

    ReplyDelete
  2. Salam Alis.
    Jati diri & pegangan mesti dididik & diasuh dengan baik. Insya Allah, baik jadinya.

    ReplyDelete
  3. Salam Alis.
    Semakin ramai Melayu berbeza Muslim.

    ReplyDelete
  4. Salam Alis.
    Kenyataannya begitu!

    ReplyDelete
  5. Salam Alis.
    Jatidiri mesti jelas!

    ReplyDelete
  6. Salam Alis.
    Mereka telah membuat pilihan. Semua pembalasan, Allah yang tentukan.

    ReplyDelete
  7. Salam Alis.
    Masaalah jiran juga! Susah ya?

    ReplyDelete
  8. Salam semua.
    TK. Alis dah berkunjung balas juga ya.

    ReplyDelete