Wednesday 30 November 2011

KES CUTI

Sekarang sudah musim cuti sekolah.  Seperti biasa tu, ramai saudara-mara bersama keluarga dari kampung datang bertandang.

Semalam Mak dan Ayah mengeluh panjang.  Kali ni, lebih ramai datang berkampung pula.  Jadi belanja makan minum naik mendadak.

Ini kira kes cuti la.  Tetamu yang datang duduk, makan dan minum percuma seolah-olah kita sponsor mereka pula.

Kata Ayah nak beritahu secara baik hari ini tentang keadaan sebenarnya.  Kita tak mampu menumpangkan mereka secara gratis.

Saturday 5 November 2011

HARI RAYA HAJI

Besok umat Islam akan merayakan kejayaan ibadah haji bagi mereka yang mengerjakan haji ini.  Kira kita menumpang raya bersama la.  Sempena perayaan ini diucapkan selamat pada semua.
Selamat
Hari Raya
Aidiladha

Semoga kita juga sama-sama mendapat barakahnya.  Amin.